Pelik dan aneh - nenek bertanduk?


LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu.

Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.

Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.

"Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk," katanya.

Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun.

Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk.

Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit.

sumber : Kosmo online
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keputraan Rasulullah s.a.w

Tak dapat ku gambarkan betapa cintanya daku kepada Rasulullah~
Moga baginda aman sentosa dan berbahagia
Baru-baru ni ada terima email berantai~ xtau la tapi aku ambik yang baik untuk dikongsi bersama

Rasulullah SAW, dan beliau bersabda, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman sebab :

1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya

2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak solat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Maka Rasulullah pesan :



a. Bersalawatlah kepada Baginda
b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan solat waktu.
c. Bersedekah dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.
d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.

UNTUK RENUNGAN SEMUA
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS